Friday 19 December 2014

New life

Assalamualaikum w.b.t

huaaaa. lama sgt tak update blog.mmg ayu update blog 2x setahun je.hehe... malam ni rasa nak bermalas2,nak layan penat je.... (tak bagus tak bagus)...

i'm now not a student anymore. i'm a staff nurse ok! hihi. insyaAllah i'll hold dat title till the end. act mmg berharap sgt dapat keje kt kelantan tapi mmg Allah kata rezeki kat sini. AMPANG. a really new place to me. kalu kata cheras ke tak pe lagi... aturan Yang Maha Kuasa, pasti ada hikmah...

ayu,seperti biasala....perkataan homesick tak penah lekang dari hidup,...pahtu mula la suh org tu org ni dtg melawat..haha..kesian... takpelah, sabarrrr byk2

alhamdulillah, dapat keje kat wad yang dipanggil nursery/ procedure room. kalu hukm dulu kami panggil nicu lah...ayu suka ok! tapi bila masuk keje ni mcm2 kena blaja. susah jugak lah... mula2 masuk lagi, dapat byk pesanan n nasihat dari senior staff. 'adik,baru2 ni kena sabar,telinga kn tahn, dgr je apa org kata, blaja rajin2,hari2 kena baca buku'.... sgt hargai tu sume tapi dlm masa yang sama takot gak bak hanggggg....

dpt pulak keje 1 sepital ngn classmate masa u, mmg best la. at least ada kwn nak ngadu nasib...hrp2 mereka tak annoying dgn ayu.huhuhuhu...

tadi mcm byk nak citer tapi skng blurrr... maklumlah bila alone ni.... harap2 dapat roomate yang ok nanti... blh wat teman saya... rindunya time blja dulu, ada kwn2... homesick pun blh balik selalu...hmmm

takpelah, semoga saya dapat survive kat sini...Allah always with me,u and all of us.

Thursday 9 January 2014

disebalik sedapnya nasi ambeng.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum w.b.t

Hmmm.... ini adalah entry kedua saya malam ni. sekali dah update, rasa banyak lah pulak nak share. :) hehe..

Alhamdulillah hari ni, Allah pilih jugak dan bagi jugak peluang pada saya hadiri ceramah motivasi Prof Dr Norzilawati Mohd Naim. Doktor O&G PPUKM.:) sangat best...

Actually saya sampai pun dah lambat sket, terkejut tengok banyak sgt selipar dan kasut muslimah. tak pernah seramai tu kalau ceramah2 sebelum ni. non muslim pun ada . Alhamdulillah :)

antara intipati hari ni.

Prof bawa persoalan "where are we going?" . for sure the answer is highest jannah, syurga firdaus! tapi "how?" for sure the answer is dengan mengabdikan diri kepada Allah. tapi "macam mana nak buat?" and the answers: as medical and nursing students, 'bukan ke dengan kita yang dok sibuk belajar ni, belajar bersungguh2, hari2 masuk ward tengok pesakit ni. ni bukan salah satu pengabdian diri kepada Allah ke?
jawapannya sudah pasti ya tapi dengan niat dan cara yang betul. semoga apa yang kita telah dan akan lakukan adalah kerana Allah. dan masih belum terlambat untuk kita sama2 istighfar dan perbetulkan niat. Yang penting, niat, fokus dan kesungguhan kita. as prof said 'if you lose your focus here, will you find jannah?' jadi, kita harus fokus dan ikhlas kerana Allah dalam setiap apa yang kita buat !

satu peringatan kepada diri saya dan menyedarkan saya dari lena dan leka yang panjang. setiap ujian, kesibukan, rasa susah dan rasa penat yang kita sedang rasa dalam belajar ni sebenarnya nikmat dan ujian dari Allah. Allah nak uji keikhlasan hati , Allah nak uji kekuatan, kebergantungan kepada Dia, nak uji sejauh mana rasa cinta  kepada Dia.

kenapa Allah buat semua ni ? sebab Allah nak bagi something special nanti :) Allah nak bagi nikmat di masa depan saya, Allah nak bagi keberkatan, redha dan pahala untuk bekal saya ke syurga kelak. :)

yakinnya saya. YA! saya yakin! yakin dengan janji Allah, yakin dengan Allah. Allah adalah sangkaan kita pada Dia. sebab tu kita kena bersangka baik pada Allah, supaya Allah bagi yang terbaik untuk kita. Lecturer kat matrik saya dulu pernah pesan kalau nak mintak apa2 pada Allah, mintak yang terbaik, mintak yang tertinggi sbb Allah suka macam tu. Allah suka hamba Dia suka meminta2 pada Dia :)

Actually banyak lagi ilmu2 dan peringatan yang prof share tadi. semuanya terkesan kepada saya dan rakan2 yang lain. dan semoga kesan ini akan terus lekat didalam hati saya. :) amin...
ha! another thing yang best jugak tadi, kami dapat makan nasi ambang sedappppp. Alhamdulillah rezeki dari Allah. tengok! baru luangkan sikit masa untuk ke majlis ilmu, Allah dah bagi balasan nikmat dunia, makan free! hehe tapi tu nikmat dunia yang sementara, yang kita dok nak kejar nikmat kat akhirat nanti, nikmat yang kekal buat selamanya. itu yang saya nak. itu yang kita semua nak. aminnn....

semoga dengan share saya ni dapat memberi manfaat walaupun kepada seorang hamba Allah.
'berbuatlah apa apa jenis amal kebajikan sekalipun dengan seikhlas hati sebab kita tak tahu amalan yang mana akan bawa kita ke syurga Allah kelak'...

mohon maaf zahir batin.salam jumaat :D























SIBUK sangat katanya~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani.

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama sangat tak update blog. dari dua tiga hari lalu lagi hati dah terdetik nak update blog dan hari ni Allah hantar sahabat dunia akhirat ingatkan balik tentang blok saya yang dah berhabuk ni. :) sibuk sangat katanya cik ayu ni...

ya.terlampau sibuk dengan hal dunia. hal dunia yang sepatutnya menjadi alat untuk ke syurga tapi kalau tersalah niat dan cara boleh buat kita lupa akan hari yang kekal nanti.

terlampau sibuk mengejar cita2 dunia sehingga terlupa cita2 akhirat.
terlampau sibuk mengatur jadual untuk kerja sehingga berkira sikit waktu untuk melaksanakan tuntutan dan perintah Allah.
terlampau sibuk mengejar cinta sesama manusia sehingga terlupa meletakkan Allah sebagai penyebab cinta.
terlampau sibuk melayan hati dan perasaan sehingga lupa membersihkan hati dengan zikir kepada Allah dan mengingati kekasih sejati Nabi Muhammad s.a.w.
terlampau sibuk memikirkan tentang jodoh sehingga terlupa akan janji Allah yang sudah pasti.
terlampau sibuk memikirkan rezeki sehingga terlupa yang itu semua milik dan pemberian dari Allah.
terlampau sibuk memikirkan masa depan sehingga lupa tu semua suprise dari Allah.

Ya Allah.
jom kita sama2 doa, segala kesibukan,segala usaha kita mengejar cita2 ni Allah redha dan berkati. semoga Allah beri ganjaran pahala untuk semua kesibukan ini. Semoga Allah ampunkan dosa yang sengaja dan tidak sengaja, zahir dan batin sepanjang masa kesibukan ini.


Amin. Amin Ya Rabb...





Thursday 26 September 2013

Seorang Perempuan dan Sebuah AlQuran.

Assalamualaikum w.b.t
Bismillahrirrahmanirrahim....


26092013/ 20 ZULKAEDAH 1435H @ 2130


Hari ni dapat berita sedih banyak pulak. Tiba2 rasa sakit yang dialami terasa ringan sangat nak dibanding dengan sakit yang orang lain alami.
Kita perempuan ni selalu diuji dengan macam2 kan... tapi jangan lupa sebenarnya kita ni sangat tinggi martabat dan nilai disisi Allah. Semakin Dia uji,semakin Dia sayang sebenarnya, Dia uji sebab Dia tahu kita ni special, kita penyabar, kita mudah ikhlas & redha, kita ni macam2 lah... sume yang baik2,yang lembut2 tu kita punya lah :D hehehe <InsyaAllah>

Allah uji kita bukan sekadar uji je, Dia janjikan nikmat jika kita mampu hadapi ujian tu dengan sabar tau! :D Nikmat yang hebat sampai tak terucap dgn kata2, YAKIN!!!
Dia juga ada tinggal bekal untuk kita, bekal untuk kita guna & amal sepanjang hidup biar ujian yang Dia bagi tu terasa sedikit ringan :)

ALQURAN.

tu lah bekal Dia kat kita, kita ni special tau,dalam sebuah AlQuran tu, ada banyak sgt surah yang Dia turunkan untuk kita PEREMPUAN ni.. wah!!!! *terharuuuu

antaranya:
1) Yaasin ~ dulu penah dgr ceramah beberapa ustaz, Dia cakap Yaasin ni boleh jadi ubat segala jenis penyakit, boleh jadi penyelesai pelbagai jenis masalah. boleh permudahkan kehidupan seharian especially kita yang tgh belajar ni.boleh percepatkan jodoh,dapat jodoh baik2,boleh tolong naikkan seri wajah... yang penting niat kerana Allah dan letak 100% pengharapan kat Dia. ummi kita pun cakap, rajin2 lah buat air yaasin + niat untuk apa2,minum...

2) Al Waqiah ~ pernah terbaca dalam satu buku ni psl pesan Nabi utk perempuan kot. dalam buku tu ada cakap lebih kurang macam ni "tidak akan kebulur seorang perempuan itu jika dia baca Al Waqiah tiap2 malam"... betulkan saya kalau saya salah dan maafkan saya. Pahtu ustazah yang cantik (lupa nama) kat Tanyalah Ustazah tu pun cakap perempuan rajin2 baca AlWaqiah.

3) Mariam ~ nak jadi setabah,sekuat dan sesabar Mariam, baca lah surah tu selalu. semoga kita boleh jadi mcm Mariam, tabah sangat ^^

4) AnNur ~ cerita pasal jodoh,perkahwinan,ikhtilat dll. hari tu ada jugak seorang ustazah share yang dalam surah ni ada ayat penyeri tau :) kita nak berseri bukan sebab nak menang ratu cantik ke nak goda ke... BUKAN.. tapi ustazah tu cakap,kita sebagai dai'e or dayyah ni, nak berdakwah, wajah pun penting tau. kena nampak bersih,tenang,berseri2 baru orang suka nak dengar nak dekat. :)

5) AnNisa' ~ banyak cerita dalam surah ni antaranya tentang hub kekeluargaan ( suami isteri,nikah kawen) dll.

Sebenarnya banyak sangat2 lagi surah dan ayat Al Quran yang boleh dijadikan teman seorang perempuan... saya sekadar berkongsi apa yang saya tahu dan mohon maaf kalau tersalah dan mohon tunjuk ajar.

Hidup dan mati kita untuk Dia,apa pun yang terjadi kepada kita, kembalilah kepada Dia. Letakkan 100% pengharapan pada Dia dan pohonlah 1001 kekuatan dari Dia. :) :) :D

Wallahualam...

Saturday 14 September 2013

Final Year - istikharah - elektif

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum w.b.t  :)


Wow!!! now i am year 4 nursing student .... cepatnya masa berlalu kan??? rasanya baru je hari tu year 3..hehe
A few days ago,me and my prends sume2 dalam dilema,tak tau nak ambik elektif apa dan alhamdulillah skang sume dah buat pilihan masing2 :)
apa pun pilihan kita, semoga itu yang terbaik buat kita,semoga Allah akn permudahkan jalan hidup kita semua... ameen Ya Rabb :)

Saya pilih apa??? saya pilih pediatrik :) tak sangka sangat,tak pernah terfikir nak ambik pun.. before this dok plan community ka mental health ka... tp tu lah,kuasa Allah kan :) hari esok sgt ajaib & magik utk kita, Allah je tau...

And i want to share, before buat pilihan ni,sbnrnya tu lah first time rasa macam tak tau nak pikir apa2, heartless sgt,rasa pelik sgt tgk kwn2 lain dok pikir nak pilih apa sampai sakit kepala.. tp blh pulak aku tak rasa apa2,siap kalu boleh nak bagi je lecturer tentukan :) hahaha . masa tu dah buat istikharah tapi still tak rasa apa2 jugak...

tiap2 hari tepon ummi abah tanya nak suh ambik apa...mula2 ummi kata ambik yang ada ICU ICU tu lah, aku pulak dok bebel2 Crtical tu susah utk aku... abah pulak tak kisah... last2 diorang kata 'ikut kakaklah'... hahahha...

Kuasa Allah,dua hari before Friday kot... ada few kawan dok cerita psl pediatrik and tak tau knp dok asyik nampak mcm suasana NICU yang dim dim light tu... hehe tapi tak yakin lagi, buat lagi istikharah.... Allahurabbi, for the first time in my life rasa kehebatan istikharah tu, perasaan yakin tu datang macam tu je.... sampain skang kalu ingat balik rasa sebak,terharu....Hebatnya Allah, seburuk mana pun hamba Dia, kalau kita ni pohon seikhas,sepenuh hati,sepenuh pengharapan & keyakinan, Dia akan tolong kita... pasti!!!! hukhuk

dan saya, saya redha & ikhlas dgn semua ketentuan ni.. yakin,berharap dan pohon sangat agar perjalanan hidup ni dipermudahkan :)
kepada kwn2 seperjuangan, ayuh kita teruskan perjuangan ini ! apapun elektif yang dipiih, yakin itulah yang terbaik untuk kita dari Allah :)

caiyok!!!

i love all of you frends <3
lets enjoy this final year.









Friday 26 April 2013

ISI MASA LAPANG DI LAB

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum w.b.t

23.april.2013 (16.44)


ermmm..... skang ni kat kelas & kami diarahkan utk menyiapkan tugasan... tapi... update blog la ^^...
dengan alasan saya dah siap kerja tu tnggu nak post jer :) :) :)   & semoga hasil kerja saya tu bertepatan dgn kehendak pensyarah... :) kita usaha jer sehabis mungkin tapi Allah yang menentukan segala-galanya....
semoga Allah permudahkan pembelajaran saya dan rakan-rakan ni :)....

hah! kami nursing year 3 skang ni tgh posting modul O&G !!!! very exciting modul kan :)   byk2 wad yang kami posting, posting kat labor room plg byk bg kesan kat semua orang rasanya.... :( semua touching & insaf tgk kesusahan dan keperitan seorang ibu melahirkan anak.... ummi ku puan jizah binti mahmud... i love you wit all my heart krn Allah <3

bertuahnya kita nursing student kalau nak dibandingkan dgn student kos lain kan??? kita diberi peluang utk tgk dgn mata sendiri scr life semua detik2 ni... cuba fikir balik, cuba renung balik... agk2 knp yer Allah pilih kita utk lalui semua ni????

 tepuk dada tanya hati :)

 Al-Ahqaf ayat 15:

Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah. Tempoh mengandung sampai tempoh menceraikan susunya ialah selama tiga puluh bulan,sehingga apabila dia (anak itu) telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun, dia berdoa

" Ya Tuhanku, berikanlah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada orang tuaku dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai ; dan berilah aku kebajikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan sesungguhnya aku termasuk orang muslim "


Monday 25 February 2013

SURATAN ATAU KEBETULAN

assalamualaikum w.b.t

Ya Allah... lamanya tak update blog, rindu sgt rasa... kesian blog,sunyi sepi jer... maaf yer blog, saya busy....
tiba2 rasa bersalah sbb pernah ckp kat some1 yang saya xde blog, maaf saya terpaksa tipu. maaf...

actually hari ni adalah first day sem 2 tahun 3. wah!!!! dah nak habis tahun 3 :D :D :D ~ cepatnya masa berlalu...
dan bila mengenanagkan rentetan hidup dari tahun satu dulu hingga ke hari ni, banyaknya perkara yang jadi dan adakah ini SURATAN atau KEBETULAN ???

Hidup kita unpredictable kan? selalu terjadi perkara yang kita tak sangka, dan kadang2 kita tak pernah mintak pun perkara tu jadi... selalu terjumpa atau kenal dgn orang yang kita tak pernah sangka pun... tp Allah dah tetapkan segala-galanya dan sebalik kebetulan tu ada hikmah yang tersendiri dan yakinlah itulah yang terbaik utk kita...

hari ni Allah temukan kita dgn si pulan A dan Allah pisahkan kita dgn dia.. kenapa???? jgn persoalkan knp tapi carilah hikmah yang tersembunyi disebalik sume tu... we dont meet people by accident but they are meant to across our path for a reason...

semalam Allah bg kita nikmat kesihatan dan hari ni Allah turunkan ujian kepada kita,Dia tarik nikmat sihat kita... kenapa??? jgn persoalkan knp tapi ikhlas terima semua tu,bersyukur sbb kita terpilih utk diuji, bersyukur sbb mungkin dgn cara ni Dia nak hapuskan dosa2 kecil kita..
.
kita selalu rasa kita kurang kan? dia hidup mewah,senang lenang tapi kita serba kekurangan... kenapa??? sbb Allah sayang kita, mungkin kalau kita kaya raya kita jadi lupa diri,kita jadi lupa Dia...

kita selalu rasa ujian berat dtg menimpa2 kan... kenapa??? Allah bagi sume ni bukan sbb Dia benci kita tapi Dia nak tgk kita sungguh2 bergantung harap, memohon bantuan Dia sbb Dia rindu kita sujud pada Dia, Dia rindu kita tadah tangan bersama air mata keikhlasan dan harapan... 

percayalah setiap apa kebetulan yang kita sangka tu adalh suratan dari Allah... suratan yang membawa sejuta hikmah utk kita semua, yang menbawa seribu kebaikan utk kita tanpa kita sedar pun... jadi yakinlah dgn Allah, perjalanan yang Dia dah tetapkan utk kita adalah yang terbaik... 
Abadikan seluruh jiwa dan raga, serahkan seluruh kehidupan kita kpd Allah =)
Kita sebagai hamba, terus berusaha menjadi yang terbaik utk Dia =)...